Sejarah Penghijrahan Kaum Iban Ke Brunei, Limbang Dan Sabah Iban_Merotai

Sejarah penghijrahan kaum Iban dari Sarawak ke utara Borneo bermula pada awal tahun 1900 atas faktor ekonomi dan pekerjaan serta sifat semulajadi kaum Iban yang suka merantau. Maksud perkataan Iban itu sendiri dalam Bahasa Iban ialah Orang atau Manusia atau kata ganti nama yang merujuk kepada Orang yang tidak dikenali atau perantau yang tidak dikenali atau dalam bahasa Iban ialah Temuai.[perlu rujukan] Pada permulaanya, faktor ekonomi telah menarik kaum Iban dari Bahagian Miri, Bintulu, Sibu, Mukah, Kapit, Sarikei, Betong dan Sri Aman berhijrah hingga ke utara Borneo iaitu Brunei dan seterusnya ke Sabah. Permulaanya, kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak telah berhijrah dari tempat asal mereka ke utara Sarawak, kerana adanya faktor tarikan ekonomi dan peluang pekerjaan yang besar terutamanya apabila Negara Brunei membuka peluang pekerjaan kepada orang bukan warganegara Brunei di sektor carigali minyak dan sektor pembinaan di Brunei, kaum Iban yang merantau dengan cepat mengambil peluang tersebut. Kaum Iban telah berhijrah melalui Miri ke Brunei dan Limbang. Separuh daripada penghijrah kaum Iban terus menetap di Brunei manakala separuh lagi meneruskan penghijrahan ke utara Borneo iaitu Limbang dan Sabah.[perlu rujukan]

Penghijrahan besar kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak ke Brunei dan Limbang telah mengubah urbanisasi di utara Sarawak sehingga menjadikan kaum Iban menjadi kaum majoriti yang menguasai pelbagai sektor di Bahagian Miri dan Limbang.[perlu rujukan]

Hasil dari penghijrahan kaum Iban ke Brunei dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kaum Iban Brunei membentuk 10% atau 40,000 daripada 400,000 penduduk Brunei (bancian 2007). Sekarang, kaum Iban menjadi kaum ketiga terbesar di Negara Brunei dan Bahagian Limbang selepas kaum Melayu Brunei-Kedayan dan Kadazan Dusun-Bisaya.

Manakala di Sabah, kaum Iban dapat dilihat dengan jelas terutamanya di Daerah Merotai, Bahagian Tawau. Penghijrahan kaum Iban ke Sabah dapat dibahagikan kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama dimana kaum Iban berhijrah lebih dari 100 tahun dahulu sebelum kemerdekaan atau lebih tepatnya sebelum tahun 1920, dan mereka ini telah membuka penempatan tetap di Tawau, manakala peringkat kedua pula kaum Iban berhijrah selepas kemerdekaan hingga sekarang.[perlu rujukan] Identiti, bahasa dan budaya kumpulan penghijrah pertama kaum Iban ini dapat dilihat dengan jelas apabila kita berkunjung ke Tawau, kerana mereka mempunyai daerah majoriti, kawasan penguasaan tanah dan kampung halaman dalam kelompok tersendiri. Manakala kumpulan penghijrah kedua kaum Iban ini pula agak sukar dikenali kerana mereka telah bercampur dengan penduduk tempatan Sabah dan hidup menetap di tengah-tengah penduduk tempatan Sabah dan tiada identiti tersendiri untuk mengenali asal usul mereka.

Rujukan

WikiPedia: Iban_Merotai //scholar.google.com/scholar?q=%22Iban+Merotai%22 //www.google.com/search?&q=%22Iban+Merotai%22+site... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Iban+... //www.google.com/search?q=%22Iban+Merotai%22&tbm=n... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Iban+Merota... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul... http://www.fss.unimas.my/index.php?option=com_cont... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://gnmawar.wordpress.com/jerita-lama/iban-mig... https://www.jstage.jst.go.jp/article/hgs/86/1/86_1...